Plot P. Ramlee The Musical

Teater ini mempunyai 4 babak termasuk prolog dan epilog.

Prolog
P. Ramlee baru tamat menggubah lagu "Airmata di Kuala Lumpur". Isterinya, Saloma menyertainya untuk bersama-sama mengenang kembali waktu muda.

Babak 1
"Bermulanya Seorang Legenda"

Ramlee sebagai seorang anak muda yang nakal tetapi menunjukkan minatnya yang mendalam kepada muzik. Impiannya ialah untuk menjadi seorang bintang. Di kampungnya, Pulau Pinang, dia jatuh cinta kepada seorang gadis yang bernama Azizah Hameed, yang kemudian menjadi lambang perjuangan seninya.

Beberapa tahun kemudian, ketika membuat persembahan di suatu keraian, P. Ramlee didekati oleh seorang pengarah filem Melayu di Malay Film Productions, B.S. Rajhans, yang kagum dengan bakatnya dalam nyanyian dan muzik. Dia menawarkan Ramlee peluang untuk meneruskan kerjayanya di Singapura. Azizah merestuinya untuk meneruskan impiannya setelah mengetahui keluarganya tidak akan menerima cinta mereka.

Dengan harapan yang tinggi, Ramlee ke Singapura bersama rakan karibnya, Sukardi, pada hari pertama Syawal. Kali pertama mereka masuk ke Studio Jalan Ampas, mereka disambut mesra oleh B.S. Rajhans dan bakatnya itu kemudiannya menjadi pujaan ramai.

D. Harris, seorang pelakon dan bapa kepada dua orang anak perempuan, Junaidah dan Junainah, merancang untuk mengahwinkan P.Ramlee dengan anaknya yang baru bercerai, Junaidah. Akhirnya mereka berdua berkahwin tetapi tidak lama kemudian Junaidah mempunyai rasa cemburu dan kesunyian memandangkan Ramlee menjadi semakin terkenal. Perkahwinan mereka kemudiannya berakhir.

Kemudian, tanpa disedari, Ramlee telah menarik perhatian Norizan, yang telah meninggalkan alam istananya untuk P. Ramlee.

Babak 2
"Zaman Kegemilangan Seorang Lagenda"

Dengan isteri keduanya, Norizan, Ramlee menghadiri satu kenduri meriah sempena perkahwinan mereka yang dibuat oleh Adik-Beradik Shaw yang kemudian mengumumkan bahawa Ramlee akan mengarah filemnya sendiri. Filem tersebut menaikkannya sebagai seniman dan pengarah yang dihormati dan kehidupannya menjadi cerita panas bagi orang ramai.

Bagi Norizan, prestij Ramlee yang semakin berkembang bertentangan dengan tanggungjawabnya sebagai suami yang semakin berkurangan. Perkara ini telah diketahui oleh para wartawan yang menyiasat kehidupan P. Ramlee. Tertekan dengan tuduhan itu, Ramlee memarahi Norizan yang lantas membina jurang antara mereka dan mereka berakhir dengan perceraian.

Di studio ketika sesi latihan muzik, P.Ramlee, yang masih kecewa dengan Norizan, tertarik dengan Saloma. Perasaan berkasihan terbentuk antara mereka berdua dan buat kali pertama P.Ramlee memikat seseorang yang mampu mengembalikan nostalgia kepada gadis yang menjadi lambang perjuangan seninya. Mereka akhirnya berkahwin dan memulakan hidup baru.

Ketidak stabilan politik di Singapura telah memaksa Shaw Brothers untuk membuat keputusan menutup Studio Jalan Ampas. Ramlee dan Saloma berpindah ke Kuala Lumpur dan bekerja di Studio Merdeka, Ulu Klang yang menjadi tempat mereka meneruskan kerjaya filem.

Epilog
Rumah P. Ramlee – Kuala Lumpur 1973

Penonton akan kembali kepada Ramlee dan Saloma pada malam yang sama di 1973. Dia menyatakan kesedihan dan kehampaannya melalui patah kata lagu terakhirnya itu. Saloma menenangkannya dengan mengatakan yang dia tidak akan dilupakan memandangkan dia telah banyak berkorban untuk kerjaya mereka dan kini masanya untuk mereka berkongsi kegembiraan yang ada.

Rujukan

WikiPedia: P. Ramlee The Musical http://www.budiey.com/keputusan-boh-cameronian-art... http://www.budiey.com/siti-nurhaliza-liza-hanim-at... http://www.inspirasimagazine.com/p-ramlee-the-musi... http://www.newsarawaktribune.com/news/11199/What-t... http://pramleethemusical.com/index.htm http://www.theborneopost.com/2013/09/11/tears-laug... http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2008/6/3/HI... http://www.thestar.com.my/news/nation/2013/08/30/p... https://www.facebook.com/PRamleeMusical/ https://www.wanista.com/2013/19509/pementasan-teat...